Malaysia Berita

Farhan Roslan pencetus kebangkitan

Persatuan Bolasepak Kedah memuji kebangkitan daripada Farhan Roslan selepas menunjukkan aksi yang cemerlang sepanjang beraksi menentang Terengganu FC (TFC), kelmarin.

Pada aksi tersebut, Farhan berjaya menjadi pencetus kepada ketiga-tiga jaringan Kedah bagi menewaskan TFC dan sekali gus menjadikan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Kebangkitan daripada Farhan tidak mudah selepas dia melalui proses pemulihan di awal musim.

“Dia sudah beberapa kali diberi peluang sebagai pemain simpanan termasuk beraksi dalam kesebelasan utama sejak dua perlawanan lalu di mana dia berjaya menggunakan peluang itu dengan  sebaiknya bagi memperagakan aksi cemerlang.”

“Pada perlawanan ini (menentang TFC) dia berjaya memainkan peranan penting dalam membuat hantaran untuk menghasilkan tiga gol perlawanan iaitu melalui gerakan yang menghasilkan sepakan penalti dan diikuti dua lagi hantaran membuka ruang untuk rakannya Zaquan Adha dan Fernando Rodriguez menjaringkan gol.”