Kolum

Kisah pereka jersi wanita, Cassie Looker – Akhirnya para wanita dapat apa yang mereka mahukan

“Apabila kami bekerja dengan lelaki, mereka mahukan baju yang ketat kerana ia menjadikan mereka seperti seorang superhero, tetapi bagi wanita ia berbeza. Mereka mahu berasa selesa dan dilindungi dan profesional, “kata Cassie Looker kepada The Guardian.

Looker adalah pengurus produk pakaian di Nike dan telah bertanggungjawab dalam mereka bentuk jersi pasukan bola sepak wanita yang bakal dilancarkan menjelang Piala Dunia Wanita pada musim panas ini.

Dari segi sejarah, pasukan negara atau kelab bola sepak wanita telah menggunakan reka bentuk jersi yang sama seperti yang digunakan oleh lelaki. Tetapi setelah melihat lebih terperinci dengan segala penyelidikan, Nike menyedari bahawa mereka memerlukan titik permulaan yang baharu dalam pengeluaran jersi bola sepak wanita.

Football Federation Australia

“Ia adalah ringkas tepat dari segi data yang kita ada,” kata Looker. “Itu adalah titik permulaan kami tetapi kemudian ada maklumat lain seperti membuat jersi lebih mudah untuk ditanggal – wanita tidak menyukai kolar V yang mendalam, mereka lebih memilih kolar bulat dengan garis leher yang sesuai ; lengan yang tidak terlalu pendek.”

Kemudian seluar pendek, “ia seperti celana pendek : ia harus tepat dan sesuai di kaki,” kata Looker, dengan ketawa.

“Pemain bola sepak menjana tenaga yang sangat banyak melalui badan mereka, jadi mereka mempunyai beban di bahagian paha dan kebawah, jadi kami ingin memastikan kami dapat menampungnya. Tetapi bukan hanya itu, kita perlu melihat bagaimana dinamik mereka berada di padang ; kami mereka bentuk baju untuk badan yang bergerak. Jika terlalu pendek ia akan menjadi sangat ketat serta akan menjadikan ia terlalu terdedah.”

Selepas bertahun-tahun suara mereka tidak didengar, sekarang mereka mampu untuk menunjukkannya dengan reka bentuk baharu mereka. “Mereka [pemain wanita] sebenarnya yang membawa kita ke arah ini,” kata Looker. “Kami telah benar-benar mengkaji dengan kesesuaian jersi kami selama tiga tahun yang lalu dan mempunyai peluang untuk membawa pemain bola sepak elit dari seluruh dunia dan membawa mereka ke makmal penyelidikan kami dan melakukan pengimbasan badan 3D dan bekerja dengan maklum balas mereka . ”

Nike adalah salah satu senarai panjang jenama sukan dan syarikat yang melihat peluang dalam sukan bola sepak wanita dan tidak bersendirian dalam menyediakan jersi Piala Dunia yang lebih awal. Adidas berbuat demikian, untuk negara-negara termasuk Jerman dan Sweden, di mana baju mereka mempunyai kolaj gambar dari kalangan 57 model. Puma, Umbro dan Warrix juga membekalkan jersi untuk kejohanan ini. “Persaingan yang baik,” kata Looker.

Dia sangat tertarik dengan jersi pasukan kebangsaan Australia dan menyukai jersi Amerika Syarikat ketika mereka memenangi Piala Dunia pada tahun 1999. “Ianya bagus dari segi penceritaan sekitar ’99. Saya tidak tahu siapa yang boleh memikirkan Mia Hamm dan tidak melihatnya dalam jersi itu dari ’99, jadi untuk membawa inspirasi kepada ini, pada tahun 2019, adalah sesuatu yang istimewa. Perancis juga mempunyai reka bentuk yang sangat ikonik. ”

Footy Headlines

Dari segi jersi England, di mana dipakai sewaktu melawan Kanada pada Jumaat lepas telah diilhamkan daripada tradisi turun temurun mereka, “Jersi selalu suci di England: warna putih sangat penting,” kata Looker, “kami mempunyai ‘Lionesses’ di dalam untuk kebanggaan dalaman, di mana saya fikir benar-benar istimewa, dan kami mempunyai grafik stokin kaki dengan cetakan bunga / flora England. ”

Jersi kedua berwarna merah nyata lebih popular dikalangan para peminat dan ia adalah peluang buat Looker untuk bereksperimen. “Kami fikir ia sebagai lambang kepada budaya dan reka bentuk Inggeris, membayangkan Vivienne Westwood; sesuatu yang berbeza dan berani dan unik dari negara ini. ”

Jersi baru ini juga menawarkan momen sekali seumur hidup kepada sesetengah pemain. “Apabila anda dapat mengembalikan kisah mereka dan mereka lihat jersi itu untuk kali pertama dengan penuh emosi, maka anda benar-benar tahu bahawa anda telah melakukan pekerjaan anda dengan baik,” kata Looker.