Liga Super Malaysia Berita

Baddrol Bakhtiar azam kutip tiga mata penuh

Selepas tewas mengejut ke atas Kuala Lumpur minggu lalu, Kedah bertekad untuk bangkit memburu tiga mata penuh pada perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, hari ini.

Bagi ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berkata, mereka tekad untuk mengutip mata penuh buat skuad Helang Merah.

“Kami mahu memafaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk mendapatkan tiga mata pada aksi menentang TFC walaupun menjangkakan perlawanan ini sengit,” Katanya kepada Berita Harian.

“Kami tidak mengutip mata penuh dalam empat perlawanan lalu, dan beraksi menentang TFC di laman sendiri kali ini adalah peluang untuk kami buktikan kemampuan.”

“Kemenangan sangat kami perlukan untuk tidak menjarakkan mata dengan pasukan yang kini bersaing hebat di kelompok atas Liga Super dimana setakat ini kita ketinggalan lapan mata dengan pendahulu liga,”