Luar Negara Berita

Jurgen Klopp tak ragu dengan Salah

Taktakala semua orang meragui kemampuan Mohamed Salah menamatkan kemarau gol dalam lapan perlawanan, berdiri teguh di belakang bintang Mesir tersebut adalah Jurgen Klopp yang tidak pernah meragui Salah.

Hasilnya, Salah kembali menemui rentak apabila menjaringkan gol menerusi gerakan solo ketika Liverpool bangkit menewaskan Southamton 3-1 di St Mary dan memintas Manchester City untuk mendahului Liga Perdana Inggeris.

“Tanpa ragu-ragu dia adalah pemain hebat yang kami miliki,” kata Klopp.

“Ia adalah jaringan ke-50 buatnya untuk Liverpool, satu angka yang hebat. Dia amat konsisten.”

Salah sebelum ini terdesak untuk memecah kebantuan selepas gagal membantu Liverpool dalam menghasilkan jaringan.

Kebanyakkan gol Liverpool musim ini dihasilkan oleh Mane dan Roberto Firmino.