Piala FA Malaysia Berita

Ejat sedia bantu Pahang

Ketiadaan Nor Azam Azih dan Saddil Ramdani membuka peluang kepada pemain muda Pahang, Zuhair Aizat Mohd Nazri membantu skuad Tok Gajah membenam FELDA United FC 3-1, hujung minggu lalu.

Pemain berusia 22 tahun telah berjaya menembusi kesebelasan utama Dollah Salleh pada aksi Liga Super, di mana ia boleh dianggap sebagai aksi yang cemerlang daripada anak muda ini.

Justeru, beliau berharap akan terus mendapat kepercayaan pengendali Pahang, Dollah Salleh untuk beraksi pada pusingan kedua Piala FA.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau menyatakan kesedian beliau untuk turun menentang PIB FC di Stadium Darul Makmur, Rabu ini.

“Saya tiada masalah untuk diturunkan sebagai pemain utama dan terpulang kepada keputusan jurulatih, (Dollah Salleh) untuk membuat keputusan.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasi semasa dan jika terus diberi peluang, saya akan melakukan yang terbaik,” kata pemain berumur 23 tahun itu.

Walaubagaimanapun, Zuhair Aizat atau lebih dikenali sebagai Ejat tidak memandang rendah keupayaan PIB FC.

“Biarpun lawan berstatus amatur, saya difahamkan mereka juga mempunyai pemain yang pernah beraksi dalam saingan Piala Presiden,” katanya.