Berita Asia

Kelibat Natxo Insa Belum Dipastikan Ketika JDT Melayan Kunjungan Gyeongnam FC

Tahap kecerdasan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa masih menjadi tanda tanya menjelang aksi bertemu kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Bekas pemain Levante, Insa mengalami kecederaan sejak daripada 2 Februari lalu dan dilaporkan masih bergelut untuk mencapai tahap kecerdasan bagi membolehkan beliau diturunkan ketika bertemu Gyeongnam FC.

Pengendali JDT, Benjamin Mora memberitahu Berita Harian, “semuanya bergantung kepada keputusan pegawai perubatan pasukan dan kami juga akan beri dia peluang berlatih dan melihat sendiri keadaan kecergasan pemain itu sama ada dia boleh beraksi atau bermula di bangku simpanan.”

Mora tidak menafikan bahawa Insa adalah antara pemain tengah yang penting dan berharap pemain itu berjaya melepasi tahap kecerdasan terbaik.

“Natxo sudah menjalani latihan bersaman pasukan dan tampak begitu bersungguh-sungguh untuk berada di tahap kecergasan terbaik dan saya tidak nafikan kelibatnya amat penting dalam pasukan kerana dia memainkan peranan penting di posisi tengah.

“Kita tengok dulu dia boleh melepasi tahap kecergasan atau tidak dan jika semuanya berjalan lancar mungkin dia akan diturunkan sama ada pada awal permainan atau pada aksi babak kedua. Kita akan putuskan nanti,” katanya.

Gyeongnam FC yang dibarisi oleh beberapa pemain terbaik nyata menjadikan misi JDT untuk mencatat kemenangan pertama sukar.

Biarpun mereka seri pada pertemuan pertama dengan kelab dari China, Shandong Luneng FC 2-2, Mora percaya anak buah Kim Jong-boo bakal turun dengan formasi yang sama dalam misi memburu kemenangan pertama.

“Pemain nombor 10 (Kim Seung-jun) perlu disekat dan tidak boleh dia bebas bergerak kerana 80 peratus gol yang dijaringkan pasukan itu berpunca daripada pemain itu. Malah hantaran lintang pemain pasukan itu juga boleh mengundang bahaya buat JDT.

“Jadi kita kena fokus sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak boleh leka walaupun sesaat dan saya berharap pemain tidak melakukan kesilapan mudah yang memudahkan pasukan lawan menghukum kita dengan jaringan,” katanya kepada Berita Harian.