Media Sepanyol melaporkan berlaku pertemuan di antara pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemilik kelab Valencia, Peter Lim di salah sebuah restoran di Turin, Itali.
Tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan itu diadakan tetapi ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh Media Sepanyol.
Antaranya adalah spekulasi bahawa Tunku Ismail mahu melebarkan kuasa beliau di La Liga dengan membeli kelab Valencia atau kelab La Liga yang lain.
https://www.instagram.com/p/Buy-OLWgyOh/
Hubungan rapat antara kedua-dua pihak – Tunku Ismail dan Peter Lim – menguatkan lagi spekulasi tersebut apabila JDT pernah bekerjasama dengan Valencia pada tahun 2014.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh bintang bolasepak, pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo dan ejen beliau, Jorge Mendes.