Kolum

10 Pengurus Yang Kembali Melatih Real Madrid

Ada beberapa sebab mengapa pengurus kelab bolasepak memilih untuk meninggalkan kelab yang dipimpin oleh mereka – disebabkan persembahan yang kurang konsisten, dipecat atau tidak bersetuju dengan beberapa keputusan pihak pengurusan.

Tetapi ada juga beberapa pengurus yang telah meninggalkan kelab dan datang kembali beberapa tahun selepas itu.

Real Madrid adalah contoh antara kelab gergasi Eropah yang telah memberi peluang kepada ramai pengurus untuk kembali mengurus kelab tersebut biarpun sebelum ini sudah meninggalkan kelab terbabit.

Selepas mengalami minggu yang buruk – tewas dua perlawanan dengan Barcelona dan ditendang keluar oleh Ajax dalam kempen Liga Juara-Juara – Real Madrid akhirnya membuka pintu untuk Zinedine Zidane kembali memimpin Los Blancos. Beliau adalah antara pengurus paling berjaya pernah memimpin Los Blancos dengan menghadiahkan tiga gelaran Liga Juara-Juara.

Berikut kami bawakan 10 pengurus yang pernah kembali mengurus Real Madrid.