Luar Negara Berita

FIFA Bakal Anjurkan Satu Kejohanan Baharu

Persekutun Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bakal mengumumkan satu pertandingan baharu membabitkan kelab terbaik seluruh dunia bagi menggantikan Piala Konfederasi.

Perkembangan ini diumumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino yang bakal membincangkan perkara ini pada satu sesi mesyuarat kongres badan tertinggi di Miami, Amerika Syarikat, Jumaat ini.

Satu laporan berita menyatakan bahawa kejohanan baru ini membabitkan penyertaan daripada 24 kelab berbanding tujuh kelab handalan dunia ke pertandingan berkenaan termasuk penyertaan 12 pasukan terbaik dari Eropah.

FIFA juga mencadangkan akan memansuhkan Piala Konfedarasi yang dianjurkan setahun sebelum temasya Piala Dunia

Menurut laporan itu juga, Kejohanan Piala Dunia membabitkan kelab itu akan berlansung mulai 2021 iaitu setahun sebelum Piala Dunia di Qatar.

“Ya, itulah yang bakal kami putuskan, kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan lama (format sedia ada) dan kami akan membuat keputusan mengenainya,” kata Fernando Sarney, seorang anggota Ahli Majlis FIFA dari Brazil kepada ZDF.

Dalam perkembangan yang sama, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dilaporkan membantah cadangan tersebut dengan mendakwa ia akan menyebabkan jadual perlawanan menjadi padat.