Malaysia Berita

JDT Buat Kashima Tak Senang Duduk

Juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal membawa pulang sebarang mata selepas tewas tipis kepada Kashima Antlers 2-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Asia, Kumpulan E (ACL) di Stadium Kashima.

Walaupun skuad Benjamin Mora turun dengan misi untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata, jelas bahawa juara bertahan ACL berada di kelasnya sendiri apabila mengawal perlawanan selama 90 minit.

Pemain JDT harus berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Farizal Marlias apabila menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya untuk menolak peluang pasukan rumah menjaringkan lebih banyak gol.

Kashima menjaringkan gol menerusi pemain tengah – Taiki Hirato (43) dan Serginho (56th) – sementara Diogo Santo menjaringkan satu gol tunggal untuk JDT pada minit ke-80 di Stadium Bola Sepak Kashima, semalam.

Juara Liga Super JDT merupakan pasukan Malaysia pertama yang bermain dalam pertandingan Liga Juara-Juara Asia.

JDT akan menghadapi Gyeongnam FC pada 12 Mac di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor.