Malaysia Berita

MFL Tagih Kritikan Membina Buat Pengadil

Selaras dengan penubuhan badan bebas pengadil, Profesional Match Official Malaysia (PMOM) tahun ini. Pihak pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berharap pengadil-pengadil tempatan dapat diberikan ruang untuk membuktikan potensi mereka.

MFL meminta agar orang ramai memainkan peranan penting sebagai pemankin semangat kepada pengadil-pengadil tempatan dengan memberi komen yang membina dan bukannya mengkritik secara rambang.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menyendari bahawa wujud kritikan yang tidak sihat kepada mutu pengadilan Liga Malaysia sejak saingan musim ini bermula. Ini menimbulkan kebimbang kepada beliau kerana kesan kritikan yang tidak membina bakal memberi kesan yang tidak baik kepada pengadil.

Justeru, beliau berharap semua pihak – pemain, jurulatih, media dan penyokong – agar memainkan peranan masing-masing dalam memberi kritikan yang positif kepada pengadil tempatan terutamanya pengadil muda yang bakal mengalas harapan menuju ke arah profesional.

“Dalam minggu-minggu awal Liga Malaysia ini, ramai yang mengkritik (mutu pengadilan) dan apa yang kita dapat lihat momentum itu hadir daripada setiap pasukan yang cukup meneliti setiap keputusan para pengadil.

“Boleh dikatakan semua pihak menyumbangkan keraguan atau analisis lebih mendalam terhadap persembahan pengadil-pengadil kita. Jadi, kita kena faham bahawa ada di antara mereka ini akan dijadikan sebagai pengadil profesional.

“Jika kita menghancurkan keyakinan dan semangat mereka untuk menjadi pengadil profesional, kemungkinan ia akan memberi kesan pada masa akan datang dan disebabkan itu kita masih perlukan khidmat pengadil senior untuk dijadikan sebagai pengadil profesional juga.

“Apa yang merisaukan saya adalah dengan apa yang telah berlaku, ada di antara pengadil sukar untuk pulihkan keyakinan mereka disebabkan setiap langkah atau keputusan mereka semuanya menjadi pertikaian oleh semua pihak.

“Saya berharap mereka tidak akan sesekali patah semangat dan diberikan peluang untuk membuktikan kebolehan mereka menjadi pengadil profesional jika ditawarkan oleh Pengurus Besar PMOM nanti,” katanya.

Beliau juga turut memberitahau media bahawa pihak MFL masih didalam peringkat mendapatkan calon terbaik bagi mengisi tugas Pengurus Besar PMOM.

“Pencarian Pengurus Besar PMOM sedang berjalan sebaik yang mungkin, kita tahu dengan situasi sekarang pelantikan itu perlu disegerakan namun kami perlu mendapatkan calon terbaik agar penubuhan PMOM ini dapat memberi impak yang cepat dan berkesan,” katanya.