Luar Negara Berita

Sarri Tak Hirau Sorakan ‘F*** Sarri-Ball’ Dari Penyokong Sendiri

Kekalahan Chelsea ke atas Manchester United mengundang rasa tidak puas hati penyokong The Blues ke atas pengendali kelab terbabit, Maurizio Sarri.

Penyokong Chelsea kelihatan tidak senang duduk dengan taktikal Sarri-ball yang dipersembahkan oleh pengendali kelahiran Itali terbabit sehingga kedengaran sorakan ‘f*** Sarri-ball’.

Mereka juga bersorak nama pemain tengah lagenda mereka, Frank Lampard yang dikhabarkan bakal mengambil kerusi panas pengurusan Chelsea jika Sarri dipecat.

Sarri yang berada ditengah-tengah kemelut prestasi diharapkan dapat mempersembahkan permain yang baik bagi menyakinkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich. Tetapi sebaliknya yang berlaku dan Chelsea bakal berdepan Malmo pada saingan Liga Europa hari Khamis nanti.

Photo by Chelsea Football Club/Chelsea FC via Getty Images

Pengendali daripada Itali ini berkata kepada media bahawa beliau tidak risaukan tentang masa depan beliau sebagai pengurus, tetapi dengan kekalahan di tangan United dan ditambah pula dengan reaksi penyokong. Ia dilihat seolah-olah hampir pasti sampai ke penghujungnya.

Sarri ketika ditanya adakah beliau pernah menerima sorakan ‘f*** Sarri-ball’ sebelum ini menyatakan, “Tidak, ini adalah pertama kali.”

Beliau juga ditanya mengenai sama ada reaksi peminat adalah kebimbangan besar beliau, Sarri berkata: “Tidak, saya bimbang tentang keputusannya. Tidak mengenai peminat. Saya dapat memahami keadaan dan peminat kami, kerana hasilnya tidak begitu baik. Kami terkeluar daripada Piala FA, jadi saya boleh memahami peminat kami. Tetapi saya lebih bimbang pada masa ini mengenai kekalahan kami.”

Dari segi ancaman dipecat, beliau menambah: “Saya benar-benar risau sewaktu saya berada di Liga Dua di Itali. Bukan sekarang.

“Bukan masalah saya (sama ada diberi masa atau tidak). Masalah saya adalah untuk memulakan (permainan) pagi esok dan untuk bekerja dengan pemain saya untuk mencuba dan memperbaiki dalam beberapa hari, dan mencari lebih banyak azam, lebih agresif. ”

Mengenai sama ada pemainnya masih menyokongnya, Sarri berkata: “Saya fikir begitu. Sudah tentu saya tidak pasti, tetapi saya fikir begitu. Saya fikir situasi dengan pemain benar-benar sangat baik untuk hubungan itu, tetapi hubungannya tidak begitu penting. Adalah penting untuk bermain, penting untuk mendapatkan hasil yang baik, tetapi hubungan saya dengan pemain saya adalah baik pada masa ini.”

Photo by Chelsea Football Club/Chelsea FC via Getty Images

Penyokong Chelsea dilihat mula tidak senang duduk dengan persembahan Chelsea apabila Ander Herrera dan Paul Pogba meletakkan United di hadapan. Mereka kemudian memberontak apabila Sarri tidak memasukkan bintang muda mereka, Callum Hudson-Odoi tetapi sebaliknya menggantikan César Azpilicueta dengan Davide Zappacosta.

Bagi Sarri, beliau percaya bahawa pasukannya bermain dengan baik pada aksi bertemu United semalam. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

“Hasilnya, kami tidak bernasib baik. Pada babak pertama kami bermain lebih baik daripada lawan dan, pada akhir babak pertama, ia 2-0.

“Kemudian pada babak kedua, ia sangat sukar untuk bermain kerana mereka adalah pasukan yang sangat fizikal dan bertahan dengan padat. Jadi kita bermain bola sepak yang keliru. Tetapi, pada babak pertama, kami bermain dengan baik.” Katanya.