Malaysia Berita

Syed Saddiq Kecewa Sikap Persatuan Negeri dan Kelab

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dengan sikap sesetengah persatuan negeri yang tidak mahu melepaskan pemain.

Kekalahan Malaysia di tangan Cambodia pada aksi pembukaan Piala B-22 AFF menerusi jaringan Sath Rosib pada minit ke-62 nyata meletakkan skuad Ong Kim Swee di jalan yang berliku apabila perlu menang pada dua baki perlawanan.

Bagi beliau, keutamaan perlu diletakkan kepada negara bukannya kelab atau persatuan.

Memetik kata-kata beliau kepada Berita Harian, “Saya agak kecewa dengan situasi sebegini. Apabila tiba masa mewakili negara, sepatutnya itu menjadi fokus utama (kepada persatuan bola sepak negeri untuk memberi ruang pemain mereka mewakili negara).

“Nasihat saya `please put Malaysia first’ (tolong utamakan Malaysia dahulu) kerana apabila pemain kebangsaan menerima pengiktirafan semuanya akan dapat juga,” katanya.