Malaysia Berita

FAM Panggil SPRM Jika Ada Unsur Atur Perlawanan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan berkompromi jika terdapat eksiden mengatur perlawanan yang membabitkan mana-mana aksi Liga Malaysia.

Ini berikutan daripada aksi pertembungan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Perlis yang dikatakan mempunyai unsur mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam bercakap kepada Kosmo! sekiranya pihak FAM menerima laporan rasmi dan bukti yang kukuh, kes tersebut akan dibawa kepada pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Perkara ini hanya muncul di media sosial dan tiada laporan rasmi diterima pihak FAM.

“FAM sendiri memiliki bahagian inte­griti yang membolehkan pihak luar atau peminat membuat laporan serta aduan berkaitan skandal mengatur perlawanan.

“Seterusnya pihak integriti akan be­kerjasama dengan SPRM sekiranya terdapat sebarang laporan mengenainya dan ia mempunyai bukti yang kukuh untuk disabitkan kes tetapi sekadar cerita-cerita di media sosial.

“Kami hanya akan bergerak ke hadapan jika ada bukti dan aduan rasmi kami terima,” katanya.