Kapal terbang yang sepatutnya dijadualkan untuk membawa para pemain Borussia Dortmund ke London bagi saingan Liga Juara-Juara terpaksa ditangguhkan apabila bintang muda mereka, Jadon Sancho terlupa membawa pasportnya.
Penerbangan terpaksa ditangguhkan apabila pemain berusia 18 tahun ini pulang ke rumah mengambil pasport.
Beliau yang sentiasa bertindak bijak mengelecek lawan musim telah menjaringkan lapan gol dalam 29 penampilan.
Bintang muda England ini pulang ke negaranya buat pertama kali bagi aksi bola sepak bertemu Tottenham dalam Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Sejak menunjukkan kemampuannya, Jadon Sancho tidak mahu mengalah. Malah mengatakan bakal membuktikan kemampuan yang beliau ada.
Dortmund bakal turun dengan ketiadaan Marco Reus disebabkan kecederaan.