
Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dikhabarkan gagal untuk melunaskan gaji pemain baru musim ini sejak awal Disember lalu.
Berikutan rungutan Safee Sali kepada Stadium Astro semalam yang mendakwa PFA gagal membayar gaji beliau sejak dua bulan lalu.
Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya merasa kecewa dengan janji yang dibuat PFA untuk tidak mengulangi kegagalan pengurusan lama.
Beliau bercakap kepada Harian Metro tentang kerisauan PFAM tentang isu tunggakan gaji PFA yang semakin berlarutan.
“Kami bukan nak pertikaikan kelayakan Perlis bermain di Liga Perdana kerana itu bidang kuasa MFL (Liga Bolasepak Malaysia) menentukan pasukan mana yang layak beraksi.
“Tapi apa yang kami risaukan ialah mengenai isu tunggakan gaji pemain yang masih tidak lagi selesai sedangkan ia sudah berlarutan beberapa tahun.
“Sekarang timbul pula isu baru membabitkan Safee yang bermain untuk Perlis. Memang dia ada hubungi kami dan menyatakan masih tidak dapat gaji.
“Dengan berita ini, sudah tentu kami selaku persatuan pemain kecewa dengan situasi ini,” katanya.