Berita Asian Cup

Australia Layak Penuh Dramatik, Palestin Tempah Tiket Ke Kalah Mati

Jaringan pemain tengah Celtic, Tom Rogic memastikan kemenangan milik Australia pada perlawanan penuh dramatic selepas berjaya menang 3-2 ke atas Syria dan memastikan Australia layak ke pusingan kalah mati pada kempen Piala Asia 2019 di Stadium Khalifa bin Zayed semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu merembat bola daripada luar kotak penalti untuk menewaskan pasukan Syria yang hanya mahukan keputusan seri oleh jurulatih baru mereka, Fajr Ebrahim serta mengekalkan tempat ke pusingan kalah mati.

Tetapi jaringan Rogic di akhir minit perlawanan bukan sahaja membantu Australia untuk layak ke pusingan kalah mati. Tetapi mereka juga menendang keluar pasukan Syria daripada kempen Piala Asia kali ini selepas hanya mampu berada di tempat terakhir kumpulan selepas Palestine berjaya mengumpul mata ketika bertemu Jordan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mohammed Bin Zayed. Jordan turun sebagai pasukan yang telah layak ke pusingan kalah mati pada kempen Piala Asia kali ini.

Keputusan seri dengan Palestine memastikan mereka kekal sebagai pasukan yang tidak ditewaskan lagi pada peringkat Kumpulan B.

Pasukan Jordan berjaya mencuri tujuh mata daripada sembilan mata penuh untuk menduduki tangga teratas liga. Pada pusingan kalah mati nanti, Jordan bakal bertemu dengan pasukan tempat ketiga daripada Kumpulan E,C atau D di Dubai nanti.

Palestine berjaya menamatkan kempen di tempat ketiga berada di belakang Australia dengan dua mata berbanding Syria yang hanya mampu mengumpul satu mata sepanjang kempen berlangsung.