Malaysia Berita

Sumareh Dapat Status Pemain Tempatan

Status rayuan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bagi mendaftarkan pemain sayap, Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan akhirnya diterima oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam kepada Berita Harian. Beliau mengatakan rayuan Pahang bagi mendaftar pemain kelahiran Gambia itu sebagai pemain tempatan diterima pada jendela perpindahan pertama.

Sumareh yang mewakili negara pada kempen Piala AFF sebelum ini menunjukkan persembahan yang memberangsangkan bagi membantu skuad negara menjadi naib juara kejohanan tersebut adalah antara punca rayuan pasukan Pahang itu diterima.

“Selepas pertimbangan yang sewajarnya Lembaga Pengarah MFL dengan pemain itu sudah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan berjaya membawa pasukan kebangsaan ke peringkat akhir Piala AFF 2018.

“Lembaga Pengarah MFL mengambil keputusan membenarkan permohonan kedua pasukan PBNP untuk membenarkan pendaftaran Sumareh dalam jendela perpindahan pertama musim 2019.

“(Ia) sebagai satu usaha yang mempunyai anjakan paradigma ke arah penambah baikkan Liga Malaysia, Lembaga Pengarah MFL percaya bahawa keputusan ini adalah suatu keputusan yang telus dan adil kepada pasukan PBNP dan juga pemain itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini kepada Berita Harian.