Luar Negara Berita

Saya Nikmati Permainan Saya Sekarang – Paul Pogba

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba gembira untuk kembali dengan peranan menyerang. Kebebasan untuk menunjukkan kemampuan dirinya telah membantu beliau menemui rentak untuk permainan, kata pemain Perancis itu.

Hantaran jauhnya yang mencari Marcus Rashford adalah salah satu contoh kualiti yang dimiliki oleh beliau.

“Saya menikmati bermain bola sepak saya sekarang,” kata Pogba kepada Sky Sports. “Saya lebih suka menyerang, saya terpaksa bertahan terlalu banyak sebelum ini dan itu bukan sifat terbaik saya.”

Pogba juga menjaringkan empat gol sejak Solskjaer mengambil alih dan berkata dia gembira untuk mengikuti nasihat pengendali daripada Norway itu untuk bermain sebagai pemain tengah box-to-box dengan Nemanja Matic yang menyediakan perlindungan pertahanan di belakangnya.

“Ini kedudukan saya,” tambah Pogba. “Pengurus memberitahu saya untuk masuk ke dalam kotak dan menjaringkan gol. Contoh terbaik saya adalah Frank Lampard.”

“Saya tahu Matic ada di sana, saya tahu kita boleh menekan tinggi dan apabila kita mendapat bola, saya boleh menjaringkan gol, saya boleh menghantar dan itulah yang kita lakukan sejak pengurus baru masuk.”

Kemenangan semalam membawa United kepada 41 mata, dengan Arsenal kelima yang mendahului dengan perbezaan gol.