Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe Dijangka Terus Galas Tugas Negara

Bekas pengendali negara, Tan Cheng Hoe mampu menarik nafas lega selepas kontrak beliau bersama pasukan negara yang tamat Isnin lalu bakal ditentukan dalam masa terdekat.

Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang akan bersidang Selasa ini bakal menentukan nasib bekas pengendali negara tersebut.

Beliau yang berjaya membawa pasukan negara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018 biarpun tewas ke atas Vietnam. Ia tetap dianggap rekod yang memberangsangkan oleh bekas pengendali Kedah ini.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menyatakan bahawa masa depan Chiew Chung Yong, jurulatih futsal negara juga akan dibincangkan pada mesyuarat Selasa ini.

Memetik kata-kata beliau di Berita Harian, “Kita ada dua perkara utama yang akan dibincangkan, satu mengenai laporan semua ketua jurulatih bagi setiap peringkat umur termasuk skuad bawah 19 (B-19) bimbingan Bojan Hodak, Ong Kim Swee (B-23) dan Cheng Hoe (Harimau Malaya).

“Perkara kedua adalah perbincangan mengenai kontrak (beberapa) jurulatih yang sudah berakhir. Ia bukan saja membabitkan Cheng Hoe tapi juga jurulatih lain termasuk Chun Yong (futsal) dan pengendali skuad bola sepak wanita kebangsaan (yang berpangkalan) di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

“Jadi semua itu akan dibincangkan pada Selasa ini dan keputusan juga akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu,” kata Stuart.

Cheng Hoe yang berjaya membawa falsafah positif keatas skuad negara mungkin akan dilanjutkan kontrak beliau. Hal ini kerana, beliau telah mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diletakkan oleh FAM sepanjang mengendalikan pasukan negara tahun lalu.

Selain daripada itu, cabaran yang lebih besar bakal menanti Cheng Hoe jika diberi tanggungjawab menggalas beban skuad negara dengan beberapa kejohanan menjadi tumpuan. Antaranya kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada pertengahan tahun ini.

“Pada Selasa ini akan dibincangkan juga mengenai perancangan skuad kebangsaan, tapi tumpuan mungkin akan lebih diberikan kepada skuad Cheng Hoe dengan cabaran yang lebih hebat tahun ini.

“Malah skuad Kim Swee juga akan akan mengharungi kempen kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 tahun 2020 (Mac ini),” katanya.