Malaysia Berita

Anak Muda Dan Pemain Senior Barisi PKNS FC

Bekas pemain pertahanan negara, Shahrom Kalam diumumkan sebagai pemain terbaru yang mengikat kontrak dengan PKNS FC, manakala Mahali Jasuli menandatangani kontrak baru bersama skuad Semut Merah.

Selain daripada Shahrol, R Surendran juga diumumkan sebagai pemain baru yang bakal beraksi bersama skuaD PKNS FC musim hadapan.

Memetik kata-kata jurulatih PKNS di Berita Harian, Datuk K. Rajagopal menyatakan bahawa skuad PKNS yang dibarisi pemain muda memerlukan tunjuk ajar daripada pemain berpengalaman.

Justeru bagi beliau, kehadiran mereka akan memberi stabiliti dalam pasukan serta impak yang positif bagi bersaingan merebut Liga Super musim hadapan.

“Kalau anda lihat pemain PKNS musim 2019 dibarisi pemain muda. Oleh itu, kehadiran tiga pemain ini memang diperlukan atas dasar pengalaman luas mereka untuk membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada pemain muda selain boleh memberi impak kepada pasukan.

“Kehadiran mereka saya rasakan sudah cukup untuk melengkapkan kuota pemain tempatan. Jika perlu penambahan, saya akan mempertimbangkan pemain pelapis dari skuad Piala Presiden atau Piala Belia,” katanya.