Malaysia Berita

Malaysia Kekal Ranking FIFA

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang layak ke final Piala AFF kekal menduduki tangga ke-167 dunia selepas Persekutuan Bolasepak Antarbangsa (FIFA) mengumumkan senarai tersebut hari ini. 

Skuad negara hanya mengutip satu mata berbanding 985 bulan lalu dengan jumlah mata tersebut meletakkan Harimau Malaya di kedudukan ke-36 Asia dan ketujuh dalam senarai Asia Tenggara di Vietnam (100), Filipina (116), Thailand (118), Myanmar (139), Indonesia (159) dan Singapura (165).

Tidak banyak perubahan dengan ranking yang dikeluarkan FIFA apabila Belgium kekal sebagai pasukan terbaik setelah mengumpul 1,727 mata keseluruhan. Di ikuti Juara Dunia, Perancis yang ketinggalan satu mata dengan Belgium dan Brazil, bekas juara Piala Dunia lima kali di kedudukan ketiga dengan 1,676 mata.

Manakala senarai 10 teratas tidak berubah termasuk daripada pengutan mata.