Liga Super Malaysia Berita

Zaquan Sah Milik Kedah

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) secara rasmi telah mengumumkan berjaya menandatangai kapten skuad kebangsaan dan juga penyerang negara, Zaquan Adha Radzak pada majlis sesi menandatangani kontrak di Kuala Lumpur.

Beliau yang bakal menyarung jersi nombor lapan adalah antara pemain baru yang bakal menyarung jersi pasukan Lang Merah selain daripada Renan Alves, 26 dari Brazil dan pemain tengah Sepanyol, Fernando Rodriguez yang berumur 31 tahun.

Naib Presiden KFA, Anas Hafiz dalam satu kenyataan menyatakan bahawa sudah mengadakan perbincangan dengan Zaquan sebelum saingan Piala AFF lagi.

“KFA menghormati pemain untuk fokus ketika beraksi pada Piala AFF baru-baru ini dan kami menunggu hingga tugas Harimau Malaya berakhir barulah pengumuman ini dibuat.

“Kehadiran Zaquan diharap membantu kebangkitan susulan prestasi suram sebelum ini dan menyuntik semangat skuad Hijau Kuning menghadapi musim baharu.” Kata beliau