Kajian & Analisis

Piala AFF Suzuki 2018 : Tiga Situasi Jika Malaysia Mahu Menjulang Piala AFF

Malaysia gagal memanfaatkan bermain dihalaman sendiri apabila seri 2-2 dengan Vietnam pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu. Skuad Tan Cheng Hoe melepaskan dua gol pada minit awal perlawanan sebelum Shahrul Saad dan Safawi Rasid menjaringkan gol untuk jaringan penyamaan yang selesa buat Harimau Malaya.

Misi sukar bakal dihadapi oleh anak buah Tan Cheng Hoe dalam pertemuan akhir kedua di Hanoi hari ini apabila perlu mencari gol diawal perlawanan bagi memberi kedudukan selesa dalam pemburuan untuk menjulang Piala AFF buat kali kedua.

Berikut adalah tiga situasi dimana Malaysia perlu hadapi jika mahu memenangi Piala AFF ;

Senario Pertama

Harimau Malaya akan dinobatkan sebagai juara Piala AFF jika skuad negara dapat memenangi perlawanan dengan Vietnam pada pertemuan akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi hari ini.

Kemenangan 1-0 sudah cukup memberi kelebihan buat anak buah Tan Cheng Hoe untuk menjulang Piala AFF.

Senario Kedua

Malaysia bakal bermain dihadapan penyokong lawan perlu seri dengan jaringan yang besar jika mahu memenangi perlawanan di Hanoi hari ini. Anak buah Tan Cheng Hoe berjaya mengikat Vietnam 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan memberi kelebihan buat Vietnam dengan peraturan gol ditempat lawan.

Harimau Malaya perlu mengikat skuad Golden Dragon dengan jaringan 3-3 atau lebih untuk memberi kelebihan gol ditempat lawan dan meletakkan Harimau Malaya sebagai juara Piala AFF edisi kali ini.

Senario Ketiga

Jika kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2 (agregat 4-4) pada perlawanan di Hanoi nanti. Perlawanan akan ditentukan pada masa tambahan. Anak buah Tan Cheng Hoe dapat menjulang Piala AFF jika berjaya menjaringkan gol pada masa tambahan. Tetapi jika berkesudahan seri 2-2 sehingga tamat perlawanan, maka kedua-dua pasukan bakal ditentukan dengan sepakan penalti. Harimau Malaya bakal meletakkan harapan pada Farizal Marlias dalam menyelamatkan gawang gol pasukan Malaysia pada situasi penentuan sepakan penalti.