Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Aidil, Syahmi, Syazwan Kembali Perkuat Pertahanan Negara

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Hanoi dengan suntikan semangat baharu apabila tonggak pertahanan yang mengalami kecederaan – Aidil Zafuan dan Syazwan Andik – dilaporkan kembali pulih dan bakal disenaraikan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Sabtu ini.

Selain daripada itu, Syahmi Safari yang digantung satu perlawanan disebabkan kad merah turut kembali disenaraikan bagi menghadapi Vietnam nanti.

“Kita harap dengan kembalinya tiga pemain pertahanan ini, ia sedikit sebanyak membantu kita di barisan pertahanan, namun kita tahu serangan Vietnam agak pantas, cepat mengambil peluang dan pemain perlu fokus selain kubu negara tidak dibolosi,

“Pemain juga sudah tahu keadaan cuaca di sana, mungkin hujan atau keadaan sejuk dan pemain kena bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana nanti,” jkatanya ketika ditemui BERNAMA sebelum berlepas ke Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Malaysia bakal berdepan tugas getir di Hanoi nanti apabila perlu berdepan dengan Vietnam di halaman sendiri serta perlu menang atau seri 3-3 jika mahu menjulang Piala AFF Suzuki 2018.