Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Cheng Hoe Mahu Pemain Tenang dan Berseronok

Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe percaya dengan kemampuan anak buah beliau menjelang pertemuan dengen Vietnam pada aksi final Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Walaupun turun sebagai pasukan ‘underdogs’, Tan Cheng Hoe yakin bahawa para pemain sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan dan mahu mereka lebih tenang dalam menghadapi final esok malam.

Justeru bagi Tan Cheng Hoe, beliau mahu para pemain beraksi dengan lebih tenang dan jika mereka berjaya mengecapi kejayaan, itu adalah saat yang paling istimewa.

“Memang menjadi impian kami untuk beraksi di final dan menang dalam perlawanan berkenaan, namun saya yakin dengan kebolehan pemain dan tiada apa yang merugikan jika kami kalah.

“Biarpun, semua orang menganggap kami selaku pasukan ‘underdogs’, namun kami akan tetap akan meneruskan bermain dan berseronok dalam perlawanan berkenaan,” katanya.

Bermain di pentas final pasti akan membuatkan pemain melakukan beberapa kesalahan. Tambahan pula mereka akan bermain dihadapan penyokong sendiri. Pasti akan wujud perasaan goyah dan gementar.

Tapi bagi Tan Cheng Hoe, pemain beliau mampu untuk menyerap segala tekanan dan sudah fokus untuk bertemu dengan Vietnam pada perlawanan akhir nanti.

“Saya percaya pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan mereka mampu menyerap tekanan dan bertenang menghadapi perlawanan akhir.

“Perbezaan antara semua ini hanya perlawanan akhir dan pemain saya sudah bersedia menghadapinya dan akan kekal fokus,” katanya.

“Ia berbeza dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini, ini adalah aksi final dan pemain sudah bersedia dan fokus untuknya,” katanya.

Tambah beliau lagi, para pemain diharapkan agar tidak mensia-siakan bermain dihalaman sendiri seperti apa yang berlaku pada perlawanan dengan Thailand minggu lalu. Kita terpaksa bekerja keras di Bangkok untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

“Apa yang lebih penting pemain perlu fokus untuk aksi pertama kerana kita tidak boleh mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri selepas mempelajari beberapa kesilapan daripada aksi terdahulu,” katanya kepada Berita Harian.