Malaysia Berita

Piya Tuntut KAFA Selesaikan Tunggakan Gaji

Bekas pemain tengah dan ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi mendakwa bekas majikan beliau, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendiamkan diri dalam isu melunaskan tunggakan gajinya tertunggak.

Beliau yang dipinggirkan oleh KAFA walaupun kontrak masih berbaki sehingga November lalu dan hanya beraksi pada awal musim menyatakan perasaan kecewa kerana tunggakan gaji masih tidak diselesaikan.

“Kali terakhir saya menerima bayaran pada April lalu selepas dipinggirkan daripada TRW,”

“Sebagai pemain saya ingin menuntut hak itu kerana saya mempunyai komitmen kewangan yang tinggi yang perlu dibayar.

“Apa yang membuat saya kecewa KAFA hanya sekali memanggil untuk berbincang mengenai perkara itu, namun selepas itu tiada lagi usaha yang dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik sehingga ke hari ini,” katanya kepada Bernama.