Eropah Berita

Juventus Tidak Boleh Tidur! – Massimiliano Allegri

Juventus tidak boleh melakukan kesalahan yang sama ketika mereka tewas ditangan Manchester United menjelang aksi Liga Juara-Juara, Selasa ini bertemu dengan pasukan daripada Sepanyol, Valencia.

Juventus akan bertemu dengan Valencia pada aksi peringkat Kumpulan H di Turin pada hari Selasa di mana keputusan seri sudah cukup untuk membawa pasukan Massimiliano Allegri ke peringkat kalah mati.

Bagi Allegri, Valencia adalah pasukan yang berbeza dan merupakan ancaman kepada pasukannya dalam misi mencari tempat ke-16 pasukan terbaik.

“Di Liga Juara-Juara anda perlu bergerak selangkah demi selangkah. Kita perlu mencari gol awal esok dan cuba mendapatkan tempat teratas di dalam kumpulan,” kata Allegri.

“Kami bermain menentang satu pasukan yang hanya kalah sekali dalam sepuluh pertandingan terakhir mereka.

“Kami perlu berjaga-jaga dan tidak leka seperti yang berlaku dalam sepuluh minit terakhir menentang Manchester United,” katanya menerusi dua gol dalam lima minit terakhir yang memberi United kemenangan 2-1 di Turin.

“Perkara ini berlaku tetapi kami tidak mahu mengulangi kesilapan itu.

“Saya tidak bimbang tetapi saya mahu pasukan saya menghormati Valencia, satu-satunya perkara penting ialah kita harus memenangi permainan ini.”

Juventus berada di tangga teratas Kumpulan H dengan sembilan mata selepas empat perlawanan, dengan Manchester United berada dua mata di belakang.