Malaysia Berita

Zaquan Ke Kedah?

Kedah yang mengalami kemerosoton beberapa musim ini dikaitkan dengan pemain skuad kebangsaan negara, Mohd Zaquan Adha Abd Razak yang dikatakan bakal menyertai Lang Merah musim hadapan.

Zaquan yang kini beraksi untuk pasukan Kuala Lumpur FA menunjukkan peningkatan dalam permainan beliau setelah beraksi cemerlang bersama skuad negara pada kempen Piala AFF Suzuki 2018.

Difahamkan Kedah mencari penyerang tempatan yang mempunyai ketajaman dalam aspek menyerang serta mempunyai pengalaman yang luas.

Walaupun rundingan masih diperingkat awal tetapi sumber ada yang mengatakan bahawa Zaquan sudah bersedia untuk menyarung jersi Kedah.

Memetik kata-kata di Berita Harian. “Memang pemain ini (Zaquan) berada dalam radar Kedah namun sejauh mana perancangan dan perjalanan rundingan dilalui tidak dapat dipastikan.

“Berkaitan gambar Zaquan yang tular di laman sosial berkaitan ‘rundingan’ itu terus menjadi tanda tanya dan kesahihan gambar yang boleh dikaitkan dengan Kedah berserta lokasi itu belum dapat disahkan mana-mana pihak setakat ini.”

“Ada kemungkinan itu gambar lama yang dikeluarkan semula pihak tertentu bagi menguatkan alasan Zaquan sudah berunding dengan pasukan baharu.

“Turut dimaklumkan Zaquan yang kini bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe mahu memberi tumpuan 100 peratus Piala AFF 2018 yang sedang berlangsung. Kita tunggu sahaja berita sahih pasukan menjadi pilihan Zaquan musim depan.”