Malaysia Berita

Subkhiddin Perlu Kekal – Bekas Pemain

The Friendship Circle yang terdiri daripada bekas pemain kebangsaan dan juga pemain negeri menyatakan pendirian mereka bahawa mahu Subkhiddin Mohd Salleh terus kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kami daripada ‘The Friendship Ciricle’ terdiri daripada bekas pemain kebangsaan dan negeri menyatakan sokongan kepada Subkhiddin untuk terus memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.

“Setakat ini, hampir 60 bekas pemain sudah menyatakan sokongan kepada Subkhiddin. Kami percaya beliau masih lagi yang terbaik bukan saja dari segi pengalamannya malah beliau juga dipilih oleh ahli gabungan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) FAM.

“Subkhiddin harus dikekalkan, untuk melakukan perubahan perlukan masa, takkan disebabkan satu prestasi pengadil (final Piala Malaysia 2018), semua habis menjadi korban,” katanya kepada Sukan NSTP hari ini.

Antara pemain-pemain terbabit yang memberi sokongan kepada beliau ialah Shahril Arsat, Azraai Khor Abdullah, Fuad Abdullah, Razip Ismail, K Gunalan, Zainal Noordin, Wan Jamak Wan Hassan dan P Maniam.

Mengulas lanjut, Serbegeth berkata seharusnya Subkhiddin memekakkan telinga dengan kritikan orang ramai kerana dia menjalankan tugasnya.

“Zaman sosial media ini, memang ramai orang berani mengkritik tapi ada yang tidak tengok perlawanan bola sepak pun. Kita jangan terlalu mengagung-agungkan jurulatih luar, mereka juga ada buat kesilapan.

“Kalau kita lihat perlawanan Liga Juara-Juara pagi tadi, pengadil dari Hungary Viktor Kassai lagi teruk apabila memberikan sepakan penalti kepada Manchester City sedangkan pemain Shakhtar Donetsk tidak mengasari Raheem Sterling. Beliau pengadil yang pernah mengadili final Liga Juara-Juara, tapi masih buat silap,” katanya kepada Sukan NSTP.

Untuk rekod, Subkhiddin mengumumkan akan melepaskan semua jawatan dalam FAM selepas mempertahankan keputusan pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Perak dan Terengganu baru-baru ini.