Luar Negara Berita

Pep Guardiola Simpan Hasrat Jadi Jurulatih England

Pep Guardiola yang memenangi Anugerah Persatuan Penulis baru-baru meluahkan hasrat untuk mengurus pasukan kebangsaan England sambil menyatakan bahawa ia seperti sebuah mimpi jadi kenyataan jika dapat mengurus pasukan Three Lions tersebut

Beliau yang memacu Manchester City dengan 9 kemenangan dalam 11 perlawanan berkata pada sidang media bahawa ia adalah impian daripada kecil untuk mengurus sebuah negara yang kaya dengan bakat bolasepak serta percaya mempu membawa pasukan England mencipta sejarah.

Bercakap pada majlis tersebut hari Ahad di Manchester, beliau berkata: “Saya bernasib baik kerana berada di sini, di negara anda (wartawan), di England.

“Ia luar biasa. Ia adalah impian seorang budak kecil untuk seorang pengurus muda untuk datang ke negara ini dan menjadi pengurus di sini. Mimpi itu menjadi kenyataan.”

“Saya mahu berkongsi, sudah tentu, anugerah ini bersama seluruh keluarga Manchester City kerana saya tahu ia adalah keluarga yang sebenar,” kata Guardiola.

“Saya tahu orang mengatakan kita mempunyai banyak wang. Itu benar tetapi walaupun itu luar biasa orang yang saya bekerjasama dan saya seorang lelaki bertuah yang berada di sini.

“Terima kasih banyak untuk membuat saya berasa di rumah di negara anda di sini dan di Manchester.” Katanya seperti yang dipetik di AFP.