Piala Malaysia Berita

Mehmet Kekal Bersama Perak

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengumumkan bahawa ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic akan kekal bersama Perak bagi menghadapi musim hadapan.

PAFA turut menjelaskan bahawa Mehmet telah memberi jawapan secara lisan bahawa beliau mahu kekal bersama Perak dan berbangga untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, kemenangan ke atas Terengganu pada perlawanan Akhir telah menjadi faktor beliau untuk kekal bersama-sama dengan The Bos Gaurus.

“Sasaran awal saya ketika memegang tampuk PAFA (sebagai presiden), saya beritahu Mehmet, bawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, kami (PAFA) akan menyambung kontrak.

“Kini sudah bergelar juara, pastilah kontraknya akan disambung,” katanya selepas menyambut ketibaan piala berkenaan di Stadium Perak hari ini.

Jurlatih daripada Australia ini dilantik ketua jurulatih pasukan Perak bagi menggantikan mendiang Karl Heinz Weigang musim lalu.