Malaysia Berita

Dua Tahun Lagi, JDT Kuasai Asia

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata dalam masa dua tahun lagi, JDT akan menjadi salah satu kuasa besar di Asia mengatasi kelab Jepun, Korea Selatan dan Timur Tengah.

Beliau yang digelar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi kepada JDT walaupun mereka sudah layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) untuk musim depan kerana bagi beliau kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi hala tuju pasukan perlu realistik dan jelas.

Beliau juga memberi contoh bagaimana kelab Buriram United daripada negara jiran, Thailand memulakan usaha untuk menaikkan kelab enam tahun lebih awal daripada JDT dan sekarang berjaya menjadi antara kuasa besar di Asia.

Tambah beliau lagi, kelab-kelab di Thailand sudah lama memulakan program mencungkil bakat daripada kecil dan memberi pendedahan awal kepada mereka serta memberi kemudahan yang terbaik dalam pembangunan bolasepak.

“Sama seperti Muangthong United, Chonburi FC … Saya mengagumi Liga Thai banyak, kerana saya tidak suka melihat Serie A, La Liga, saya ingin melihat jiran saya. Saya fikir mereka melakukan tugas yang sangat hebat dengan mencungkil bakat muda, membangun pemain muda, memberi mereka pendedahan yang baik, bermain dengan baik dan mempunyai kemudahan kelas tertinggi.

“Jika anda melihat pasukan tentera atau pasukan tentera laut di Thailand, ia mempunyai kemudahan yang lebih baik daripada mana-mana pasukan Liga Super di sini … Jadi mereka menggunakan  wang itu di tempat yang betul dan saya harap kita  di Malaysia dalam apa jua cara cuba meniru ini dan cuba mengikuti apa betul, ” katanya kepada Bernama

Justeru bagi beliau, semua pasukan di Malaysia sepatutnya sudah lama bergerak ke arah menjadikan kelab mereka lebih profesional bukan sahaja dari segi mencungkil bakat anak muda tetapi juga dalam mengurus hala tuju kelab.

“Jika anda melihat kepada  bakat, kita mempunyai bakat, jika anda bercakap tentang professionnalisme, kami bergerak ke arah itu … Tetapi saya pengurusan harus menjadi lebih profesional. Kini saya hanya dapat melihat pasukan seperti Terengganu, PKNS FC dan kita  yang benar-benar meletakkan sesuatu yang bukan sahaja melabur di dalam padang tetapi juga di luar lapangan, ” kata kepada Bernama