Luar Negara Berita

Juventus Seri, Ronaldo Ledak Gol Ke 400

Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan 400 gol dalam lima liga teratas Eropah sewaktu Juventus sekadar seri 1-1 dengan Genoa pada hari Sabtu yang lepas

Gol kelimanya bersama Juventus ditambah 84 golnya untuk Manchester United dalam Liga Perdana dan 311 untuk Real Madrid di La Liga.

Ronaldo meletakkan Juventus di depan pada minit ke-18, tetapi kelemahan pemain pertahan tuan rumah membenarkan Daniel Bessa untuk menyamakan kedudukan untuk Genoa selepas rehat separuh masa pertama dan ia mengakhiri rentak kemenangan Juve dalam semua pertandingan.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri menyalahkan pemainnya kerana longlai dan tidak fokus.

“Kami datang dengan perasaan yang bersemangat untuk menang tetapi akhirnya tertidur. Kita sepatutnya sudah meletakkan fokus kita pada perlawanan ini.

“Saya fikir ia akan menjadi pengajaran yang baik untuk kami, kerana ini adalah panggilan untuk kami bangun, jadi semua orang perlu sentiasa beringat bahawa tidak semua akan kekal. Setiap perlawanan perlu dimenangi dalam masa 90 minit. 

“Ia akan sangat berbeza dengan Manchester United, kerana kami berdua akan bermain untuk menang. Genoa melakukannya dengan baik hari ini untuk bermain dalam taktikal bertahan dan cuba untuk tetap berada di dalam permainan, tetapi saya harus mengatakan ini adalah contoh terbesar dimana kami hilang fokus dari permainan kami dan dihukum setelah lima tahun saya di Juventus. ”

Ronaldo telah hampir membuka jaringan selepas hanya 14 minit apabila tandukannya berjaya diselamatkan oleh pihak lawan hasi daripada hantaran Juan Cuadrado.

Pemain kelahiran Portugal ini membuka akaunnya hanya lima minit kemudian, merembat masuk dari jarak dekat selepas Genoa gagal membuang bola dari kawasan bahaya.

Ini menjadikan Ronaldo 10 gol dihadapan Lionel Messi yang menjaringkan 390 gol.