Malaysia Berita

Bekas Pertahanan Tengah Lazio Pilih JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani pemain pertahan tengah baru iaitu Mauricio Nascimento bagi menggantikan Marcos Antonio 

Penyertaan pemain tersebut adalah langkah-langkah awal untuk membuat JDT lebih kuat menjelang Liga Super tahun hadapan dan sebahagian daripada persiapan menjelang Liga Juara-Juara AFC.

Antonio, pemain kelahiran Brazil yang juga pemain pertahanan tengah, membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya.

JDT juga mengumumkan bahawa mereka tidak akan memperbaharui kontrak pemain pemain tengah, Fernando Elizari dan mereka kini mencari pengganti untuk posisinya

Nascimento mempunyai pengalaman luas bermain di Eropah. Dia telah tampil untuk Lazio (Italy), Spartak Moscow (Rusia) dan Legia Warsaw (Poland).

Pemain berusia 30 tahun itu memulakan kerjaya profesionalnya dengan Palmeiras dari Brazil.