Luar Negara Berita

Sila ‘Kunci’ Mulut Anda – Manchester United

Paul Pogba, pemain tengah Manchester United diminta untuk ‘mengunci’ mulutnya daripada memberi apa-apa komen tentang pasukan bagi mengurangkan ketegangan dalam kalangan pemain.

Selain daripada itu, kapten United, Antonio Valencia juga bersetuju dengan cadangan yang menggesa pengurus Jose Mourinho dipecat dengan menyukai salah satu pos di social media.

Pogba enggan bercakap dengan wartawan selepas perlawanan terikat 0-0 dengan berkata: “Saya diberitahu yang saya tidak dibenarkan.”

Ketegangan di antara Pogba dan Mourinho timbiul selepas beberapa siri komen daripada bintang United bernilai 89 juta pound (RM477.34 juta) itu berada dalam senarai pemain yang tidak bersetuju dengan falsafah Mourinho.

Bulan lalu, Pogba mengkritik taktik permainan United apabila menggesa pasukannya untuk menyerang selain daripada bertahan, selepas daripada itu, Ogos lalu, pemain tengah kelahiran Perancis itu diminta oleh pihak pengurusan untuk tidak bercakap mengenai situasi kelab kepada pihak media.

Pogba juga turut melontarkan rasa marah kepada Mourinho meneruis video di Instagram ketika United tersingkir daripada saingan Piala Carabao, minggu lalu.