Berita Malaysia

Sikap dan disiplin skuad Sukan Asia bakar semangat skuad bawah 16 tahun negara

Antara tanda-tanda pasukan yang sudah berjaya adalah mereka mampu menjadi inspirasi kepada pasukan-pasukan lain.

Itulah yang telah berjaya dilakukan oleh skuad bawah 23 tahun negara yang beraksi di Sukan Asia yang lalu. Kehebatan mereka menumbangkan juara bertahan Sukan Asia, Korea Selatan di peringkat kumpulan kini akan menjadi pembakar semangat kepada adik-adik mereka.

Ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun negara, Lim Teong Kim mahu anak buahnya menjadikan kejayaan abang-abang mereka menumbangkan Korea Selatan menjadi pembakar semangat kepada mereka.

“Memang itu yang saya sering katakan kepada -pemain supaya mencontohi sikap dan disiplin tinggi -abang mereka (skuad B-23) di Sukan Asia baru-baru ini.

“Malah, kemenangan mereka juga mengingatkan saya kepada kejayaan skuad Olimpik 1980 yang berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 untuk pasukan B-16 tahun ambil semangat itu dan bawa ke kejohanan AFC nanti,” kata Teong Kim ketika ditemubual Berita Harian.

Skuad bawah 16 tahun negara akan beraksi dalam Kejohanan AFC bawah 16 tahun yang akan berlangsung pada 20 September hingga 7 Oktober di Kuala Lumpur.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Tajikistan, Jepun dan Thailand. Malaysia berazam untuk mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir kerana empat pasukan terbaik akan mewakili Asia ke Piala Dunia bawah 17 tahun di Peru tahun hadapan.