Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: Rembatan bak laser Kevin De Bruyne bantu Belgium hantar Brazil pulang

Brazil yang sebelum ini dikatakan calon juara akhirnya tersingkir. Dengan tewasnya Brazil kepada Belgium, tamatlah sudah penglibatan pasukan daripada Amerika Selatan di Piala Dunia selepas Uruguay juga tewas kepada Perancis. Roberto Martinez nampaknya mempunyai perancangan teliti berdepan Brazil dan ianya berhasil.

Jaringan sendiri Fernandinho dan satu rembatan bak laser daripada Kevin De Bruyne berjaya membawa Belgium ke separuh akhir. Renato Augusto merapatkan jurang di separuh masa kedua namun Brazil tidak dapat mencari gol kedua untuk mengikat kedudukan. Ini analisis mengenai perlawanan di antara Brazil dan Belgium tadi.