Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: Quaresma jaringkan gol penuh magis, Iran gagal layak ke pusingan seterusnya

Iran berjaya mengikat juara Eropah, Portugal 1-1 dalam perlawanan yang cukup beremosi dan banyak keputusan daripada VAR. Tiga kali VAR digunakan dalam perlawanan ini dengan dua penalti dihadiahkan oleh pengadil. Ricardo Quaresma menjaringkan gol yang cukup cantik di separuh masa pertama.

Cristiano Ronaldo mendapat peluang menggandakan keputusan selepas Portugal dihadiahkan dengan sepakan penalti, namun sepakannya mudah ditampan oleh Beiranvand. Drama di hujung perlawanan apabila pengadil dengan bantuan VAR menghadiahkan penalti kepada Iran yang disempurnakan Karim Ansarifard, namun ianya tidak cukup untuk membantu Iran layak ke pusingan seterusnya. Keputusan akhir: Portugal 1-1 Iran. Ini analisis bagi perlawanan yang berlangsung.