Piala Dunia 2018 Santai

Piala Dunia 2018: Pemain tampan pilihan hati gadis-gadis Malaysia

Ketika ini, sedang berlangsung satu temasya bola sepak yang diadakan empat tahun sekali iaitu Piala Dunia 2018. Kejohanan ini diadakan di Rusia bermula 14 Jun 2018 sehingga 15 Julai 2018. Sebanyak 32 pasukan layak ke kejohanan ini berentap untuk merebut sebuah kejuaraan iaitu juara Piala Dunia.

Sudah pasti temasya ini disertai oleh pemain-pemain antarabangsa yang berbakat dan handal dari seluruh pelusuk dunia. Bagi kebanyakan peminat kalangan lelaki, mereka menantikan aksi, skil-skil dan gelecekan di atas padang.

Namun, bagi peminat kalangan perempuan, selain daripada aksi-aksi yang ditampilkan, rupa paras tampan dan personaliti menarik mampu membuatkan mereka terpikat untuk menonton perlawanan bola sepak.

Kami mendapatkan pandangan peminat kalangan perempuan tentang pemain tampan pilhan hati mereka. Jika anda mempunyai sebarang cadangan tambahan, boleh tinggalkannya di ruangan komen.

Berikut adalah 15 pemain tampan Piala Dunia 2018 pilihan gadis-gadis Malaysia: