Santai Piala Dunia 2018

Senarai filem dan karya terbaik Hannes Halldorsson, penjaga gol Iceland

Dalam minggu pertama saingan Kumpulan D Piala Dunia 2018, kejutan tercipta selepas pasukan yang melakukan penampilan pertama, Iceland, berjaya mengekang naib juara edisi 2014, Argentina. Benteng kukuh yang dipertaruhkan Strakarnir Okkar membuatkan skuad kendalian Jorge Sampaoli kecewa apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1.

Iceland memang menampilkan permainan ampuh dalam perjuangan, namun terdapat seorang pemain yang menonjol berbanding pemain lain, iaitu penjaga gol, Hannes Thor Haldorsson. Penjaga gol berusia 34 tahun ini telah menahan pelbagai asakan merbahaya Argentina termasuk menafikan sepakan penalti salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini, Lionel Messi.

Penampilan Haldorsson sebagai penjaga gol Iceland amat mengagumkan tetapi tahukah anda bahawa dia memiliki kerjaya sampingan selain bola sepak? Ya, Haldorsson adalah seorang pengarah filem terkenal! Dia telah menghasilkan pelbagai jenis karya, bermula dari video muzik, iklan sehingga filem dokumentari.

Apakah karya-karyanya? Berikut adalah senarai hasil kerja Haldorsson:

Hrafnhildur- heimildarmynd um kynleiðréttingu

Hrafnhildur-Heimildarmynd um Kynleiorettingu adalah filem dokumentari yang mengisahkan tentang seorang anak lelaki yang percaya bahawa dirinya seorang perempuan. Dia akhirnya membuat keputusan untuk percaya dan menjalani kehidupan sebagai seorang wanita di luar Iceland. Dalam file mini, Haldorsson turut berperanan sebagai pembantu pengarah dan filem ini meraih nilai 8.1 di IMDb.

Jökullinn Logar

Kisah indah Iceland di EURO 2016 telah diceritakan dalam filem Jokullinn Logar (Inside a Volcano). Filem ini mengisahkan tentang bagaimana Iceland yang hanya mempunyai penduduk berjumlah sekitar 300 ribu orang mampu menjadi tumpuan dalam bola sepak di peringkat antarabangsa. Haldorsson sudah pasti terlibat dalam persiapan file mini, dimana dia bertindak selaku kru dan pelakon. Selain Haldorsson, hampir semua pemain skuad Iceland turut serta dalam filem ini.

Mannasiðir Gillz

Dalam laman rasmi, Mannasidir Gillz adalah siri filem yang diarahkan oleh Haldorsson. Ia mengisahkan tentang perjudian dalam sukan sambil diselitkan unsur komedi. Apa yang menarik, Mannasidir Gillz telah mendapat nilai 9 daripada IMDb.

Atvinnumennirnir Okkar

Ini adalah siri filem dokumentari yang menceritakan tentang kehidupan pemain bola sepak Iceland. Bermula dari Emil Halfredsson sehingga legenda, Eidur Gudjohnsen, yang pernah menjadi bintang utama di dunia. Sudah pasti Haldorsson merupakan pengarah bagi Atvinnumennirnir Okkar.

Video muzik Iceland untuk Eurovision 2012

Eurovision adalah pertandingan muzik yang disertai oleh negara-negara Eropah termasuk Iceland. Haldorsson merupakan pengarah dari video muzik Never Forget yang dinyanyikan oleh Greta Salome dan Jonsi, vokalis daripada Sigur Ros iaitu kumpulan muzik dari Iceland. Video muzik itu telah menjadi wakil Iceland untuk Eurovision 2012.

Iklan IKEA Islandia

IKEA adalah salah satu jenama yang berasal dari Iceland dan terkenal di dunia. Untuk promosi di negara itu, Haldorsson telah dilantik sebagai pengarah untuk salah satu iklan perabot di situ.

Iklan Coca Cola Islandia untuk Piala Dunia 2018

Iklan Coca Cola Iceland untuk Piala Dunia 2018 tampak memberikan kesan pengarahnya sendiri adalah pemain bola sepak. Ya, Haldorsson menjadi pengarah iklan minuman berkabonat ini dan karyanya itu jelas menakjubkan.