Malaysia Liga Super Malaysia

Tribe Ratings Pemain: Jaringan tunggal Rangel bantu Kedah benam Kelantan di Alor Setar

Kelantan pada malam ini turun sebagai tuan rumah di Stadium Darul Aman, Kedah. Sejak awal permainan, pasukan pelawat, Kedah tampak lebih bersemangat untuk menyerang berbanding pasukan The Red Warriors.

Andik Vermansah dan Akhyar Rashid menjadi tumpuan ramai dengan kepantasan dan kelincahan mereka melakukan larian di kedua-dua bahagian sayap. Beberapa percubaan dilakukan oleh pemain-pemain Kedah untuk menguji penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail cekap menepisnya.

Namun, kesilapan kecil seminit sebelum tamat separuh masa pertama mengundang pada apabila Paulo Rangel mengambil peluang untuk menendang masuk bola untuk gol pendahuluan.

Separuh masa kedua, Kelantan cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun pasukan pelawat juga tidak kurang hebatnya menyerang untuk menambahkan jaringan. Walaubagaimanapun, tuan rumah terpaksa berputih mata apabila terpaksa akur dengan jaringan 0-1 sehingga wisel permainan ditiup oleh pengadil perlawanan.

Ratings pemain Kelantan:

Ratings pemain Kedah: