Malaysia Santai

Lima pemain bolasepak yang pernah menyarung jersi bernombor pelik

Semasa perlawanan antara Johor Darul Ta’zim menentang Perak tempoh hari, kelihatan pemain import baharu JDT mencuri tumpuan ramai dengan nombor jersinya.

Fernando Marquez, penyerang yang berasal dari Argentina itu kelihatan menyarung jersi bernombor 18. Namun, sedikit kelainan pada jersinya adalah simbol ‘+’ di antara nombor 1 dan 8 yang mana memberikan jumlah 9 apabila dicampurkan kedua-duanya.

Seperti yang pernah kami sajikan di Football Tribe, Fernando Marquez telah menyarung jersi bernombor 9 sejak tahun 2012 ketika beliau bersama Club Atletico Belgrano.

Anda boleh baca artikel disini: https://football-tribe.com/malaysia/2018/06/01/fernando-marquez-5-perkara-yang-anda-perlu-tahun-tentang-pemain-baru-jdt/2/

Bagi peminat tegar bola sepak, ini mengingatkan kita kepada seorang pemain luar negara yang juga memakai nombor sedemikian. Beliau adalah Ivan Zamorano ketika beraksi bersama Inter Milan dalam kancah Serie A di Itali.

Kali ini kami membawakan kepada anda beberapa pemain yang pernah mencuri tumpuan dengan menyarung jersi bernombor pelik: