Santai Piala Dunia 2018

Sebelas pemain terbaik Sepanyol yang tidak akan beraksi di pentas Piala Dunia 2018

Sepanyol memiliki lambakan pemain berkualiti dan Julen Lopetegui tampak berdepan kesulitan untuk memilih barisan untuk dipertaruhkan ke Piala Dunia 2018 di Russia.

23 pemain sudah diumumkannya dan beberapa pemain dilihat tidak mampu menjadi pilihannya. Berikut adalah 11 orang pemain yang tidak dipilih oleh Lopetegui, dimana mereka mampu mewujudkan sebuah pasukan yang kukuh.

Sergio Asenjo

Sergio Asenjo melalui musim yang cukup baik bersama Villareal. Dia adalah seorang penjaga gol yang bagus, namun sukar menembusi skuad kebangsaan kerana kewujudan David De Gea, Kepa Arrizabalaga dan Pepe Reina.

Sergi Roberto

Cukup mengejutkan apabila Lopetegui dilihat memilih Alvaro Odriozola berbanding Sergi Roberto sebagai pelapis buat Dani Carvajal. Ini disebabkan dia bermain bagus pada musim ini, mencatat tujuh bantuan gol buat Barcelona dan membantu pasukannya meraih dua kejuaraan.

Marc Bartra

Prestasi Marc Bartra meningkat pada musim ini sejak kembali ke Sepanyol untuk menyertai Real Betis. Namun, itu tidak bererti dia tidak beraksi baik sewaktu bersama Borussia Dortmund.

Javi Martinez

Salah satu nama besar yang hilang daripada senarai skuad Sepanyol. Kemampuannya dalam beraksi di pelbagai posisi serta pengalaman bersama Bayern Munich sangat berguna buat La Roja, namun dia tidak dipanggil oleh Lopetegui.

Marcos Alonso

Salah seorang pemain Chelsea yang tidak dipanggil skuad kebangsaan walaupun Lopetegui adalah individu yang memberikan kesempatan buat Alonson untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Seperti pemain The Blues yang lain, musim ini bukanlah musim terbaik buat Alonso.

Dani Parejo

Salah satu kunci kecemerlangan Valencia pada musim ini. Berbekalkan lapan bantuan jaringan serta tujuh gol, Dani Parejo berjaya membawa Valencia kembali ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan.

Luis Alberto

Gelaran ‘Raja Assist’ dipegang olehnya di Serie A pada musim ini setelah mencatat 14 bantuan gol. Kreativitinya kini tidak lagi diragui, namun pemain sepertinya sudah begitu ramai dalam skuad Sepanyol.

Cesc Fabregras

Pemain yang memberikan umpanan buat Andres Iniesta ketika final Piala Dunia 2010 ini tidak dapat menyertai skuad kendalian Lopetegui. Prestasi yang tidak menentu menjadi punca situasi itu berlaku.

Ander Herrera

Salah seorang pemain terbaik Manchester United pada musim ini. Herrera bukan seorang pemain pemimpin tetapi sering bekerja keras. Walaupun pada mulanya Jose Mourinho jarang memberikannya kesempatan untuk beraksi, akhirnya pengendali itu mula menggunakan khidmat Herrera secara tetap.

Alvaro Morata

Pada awalnya, Morata tampil hebat bersama Chelsea apabila menjaringkan satu gol dalam aksi pertamanya dan meraih hatrik ketika bertemu Stoke City. Malangnya, prestasinya merudum sehingga tersingkir daripada kesebelasan utama yang ditetapkan oleh Antonio Conte.

Jose Callejon

Persembahan Callejon pada musim ini amat luar biasa. Dia menjaringkan 10 gol dan mencipta 15 bantuan jaringan buat Napoli. Callejon menjadi salah satu kunci utama Maurizio Sarri dalam usaha mereka mencabar trofi Serie A.