Liga Super Malaysia

Tiga pemain baru perkuat skuad Liga Super Negeri Sembilan

Negeri Sembilan hari ini mengumumkan kehadiran pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley bersama pasukan.

Rowley sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab di Jerman seperti Inter Leipzig, TeBe Berlin, dan BSC Rehberge. Rowley juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan pasukan Liga Premier, PDRM.

Pemain berusia 28 tahun ini beraksi di bahagian tengah dan setakat ini musim terbaiknya adalah ketika beraksi untuk International Leipzig apabila menjaringkan 7 gol daripada 27 perlawanan.

Selain Rowley, dua lagi pemain import baru bakal memperkuat skuad jang, penyerang Sepanyol kelahiran Filipina, Angel Guirado telah dibawa masuk bagi mengisi kuota import Asean bagi menggantikan tempat Prak Monyudom. Seorang lagi pemain import adalah pemain pertahanan Brazil, Alex Moraes yang dibawa masuk bagi menggantikan Renars Rode yang digugurkan akibat kecederaan.

Dengan kehadiran Rowley, Guirado dan Alex Moraes, pastinya Negeri Sembilan mahu bangkit dalam misi mereka untuk kekal di Liga Super. Buat masa ini Negeri Sembilan berada di tangga terbawah liga selepas sekadar memungut 5 mata daripada sembilan perlawanan. Negeri Sembilan sekadar mencatat satu kemenangan iaitu ketika menentang Kuala Lumpur di Paroi.