Malaysia Liga Super Malaysia

Kiko Insa sah sertai Johor Darul Ta’zim?

Bekas pemain Bangkok Glass dan Pahang, Francisco Javier Insa Bohigues atau lebih dikenali sebagai Kiko Insa dilihat mula berlatih bersama Johor Darul Ta’azim (JDT), sekaligus menguatkan berita dia sudah menyertai kelab berkenaan.

Kiko juga seakan-akan mengesahkan perkara tersebut menerusi satu gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram peribadinya dengan ayat “Gembira untuk menjadi sebahagian daripada keluarga hebat ini”.

Happy to be part of this great family💙❤️⚽️ @officialjohor

A post shared by KikoInsa (@kikoinsabohigues) on

Pemain pertahanan itu pada awal musim ini telah menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi di Thailand apabila menyertai kelab Bangkok Glass. Namun, Kiko meninggalkan kelab yang berpengkalan di Bangkok itu pada bulan lepas selepas tidak sampai setengah musim bersama.

Insa memulakan kerjaya di Malaysia bersama Pahang pada musim lalu di mana pada tahun yang sama dia menyertai skuad kebangsaan selepas diketahui dia mempunyai darah Malaysia.

Selepas tidak dapat beraksi bersama abangnya, Natxo Insa dalam perlawanan menentang Mongolia yang lalu kerana mengalami jangkitan mata, dengan penyertaan Kiko ke JDT, barulah boleh kita lihat bagaimana gandingan adik beradik Insa ini mampu menggegarkan bolasepak Malaysia bersama-sama.