Piala Dunia 2018 Santai

Skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002, di mana mereka sekarang?

Selepas bercerita tentang skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998, kini tumpuan beralih kepada pasukan Brazil yang memenangi kejohanan edisi 2002.

Berbekalkan pasukan yang sangat berbakat, skuad kendalian Luiz Felipe Scolari akhirnya meraih gelaran kelima selepas gagal dalam edisi 1998. Mempertaruhkan pemain-pemain sama seperti Cafu, Roberto Carlos, Ronaldo, dan Rivaldo, Selecao menundukkan Jerman 2-0 di aksi akhir.

Dimana mereka sekarang?

Marcos

Marcos merupakan salah seorang penjaga gol terbaik pernah dimiliki Brazil yang menghabiskan seluruh karier bersama Palmeiras. Pernah dikesan mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan pada tahun lalu, Marcos mempelajari cara membuat bir dan mencipta jenama sendiri, Club 12, selepas bersara.

Lucio

Lucio memenangi banyak gelaran bersama beberapa kelab, antaranya tiga trofi Bundesliga bersama Bayern Munich dan tiga kejuaraan serentak di Inter Milan. Ketika ini, dia sudah berusia 39 tahun dan masih bergelar pemain, mewakili SE Gama di liga divisyen empat Brazil.

Edmilson

Selepas memenangi tiga kejuaraan Ligue 1 berturut-turut bersama Lyon, Edmilson berhijrah ke Barcelona. Bersama Blaugrana, dia meraih dua trofi LaLiga dan satu Liga Juara-Juara Eropah. Selepas bersara, dia menjadi duta Barca.

Roque Junior

Peminat Leeds United akan mengingati Roque Junior sebagai pemain terburuk pernah beraksi untuk pasukan kegemaran mereka. Dia memperoleh peluang mengendalikan Piracicaba pada 2015 dan ketika ini hampir pasti melatih akademi Lazio.

Cafu

Cafu bersara daripada skuad kebangsaan pada 2006 dan menggantung kasut sepenuhnya dua tahun kemudian. Sering mengikuti kegiatan amal dan aksi-aksi persahabatan yang diserta bekas bintang lain. Dia juga selalu menjadi tetamu kehormat FIFA.

Gilberto Silva

Penampilan hebat di Piala Dunia menyebabkan banyak pasukan inginkan khidmatnya. Dia akhirnya berhijrah ke Arsenal dan menjadi sebahagian skuad Invicibles, sebelum bersara pada 2015 dan menjadi pengarah teknikal kelab Greece, Panathinaikos.

Kleberson

Penghijrahannya ke Manchester United pada 2003 tidak seperti dirancang. Dia tidak dapat menyaingi Juan Sebastian Veron dan hanya bertahan selama dua tahun, mencatat dua jaringan. Ketika ini, dia berkhidmat untuk Akademi Philadelphia Union bagi melatih pemain-pemain untuk masa depan.

Roberto Carlos

Selepas 11 musim bersama Real Madrid, dia akhirnya berpindah ke beberapa pasukan seperti Fenerbache, Corinthians dan Anzhi Makhachkala. Delhi Dynamos menjadi pasukan terakhirnya sebelum memutuskan untuk bersara pada 2016. Kini, dia menjadi koordinator pasukan muda Madrid dan bakal mengemudi skuad South Melbourne, selain menjadi duta AirAsia.

Ronaldinho

Legenda Barcelona yang bersara pada 2015, dia menjadi bitang bersama empat kelab Brazil selama empat tahun. The Magician akhirnya secara rasmi menjadi duta Barca pada 2017.

Rivaldo

Selepas bersara dari skuad Brazil pada 2002, Rivaldo meneruskan karier kelab di Itali, Greece, Brazil serta Uzbekistan dan Angola. Selepas itu, dia bergelar pemilik dan pemain buat kelab Mogimirin di Brazil. Pada usia 43 tahun, Rivaldo masih beraksi bersama anaknya.

Ronaldo

Baru-baru ini, Ronaldo telah membeli saham pasukan E-Sukan bernama CNB dan berjanji untuk membawa mereka ke Korea Selatan apabila memenangi kejohanan League of Legends di Brazil. Dia juga pernah tampil di kejuaraan MSI pada 2017 untuk menyerahkan hadiah

Juninho Paulista

Selepas beraksi semusim di Flamengo menerusi tiket pinjaman dari Atletico Madrid, Juninho berhijrah ke Middlesbrough dan menjadi legenda di situ. Dikenali dengan jolokan The Little Fella oleh peminat Boro dan ketika ini, Juninho menjadi presiden di pasukan terakhir sewaktu bergelar pemain, Ituano FC.

Denilson

Bersara pada 2010, Denilson menjadi pengulas di sebuah stesen televisyen brazil sebelum bertukar minat ke bidang permainan poker. Sehingga kini, dia menjadi duta sebuah laman poker, 888poker.

Luiz Felipe Scolari

Selepas meninggalkan Brazil, Scolari cuba mengendalikan Portugal. Kemudian, dia beralih ke Liga Super China untuk bersama Guangzhou Evergrande. Selepas memenangi beberapa gelaran, dia meninggalkan pasukan dan kini tidak lagi berkhidmat dalam dunia bola sepak.