Luar Negara Berita

Penyokong Brazil resah ramalan tukang tilik jadi kenyataan

Nampaknya satu kepercayaan karut bakal menjadi kenyataan.

Ramai penyokong Brazil mula risau ramalan seorang tukang ramal terkenal akan menjadi kenyataan.

Carlinhos Vidente, seorang psikik dalam rancangannya sendiri telah meramal bahawa Neymar akan mengalami kecederaan lima ke tujuh bulan pada Disember lalu.

Menurut Vidente: “Neymar tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia kerana kecederaan.

“Dia perlu berehat lima hingga tujuh bulan, tetapi Brazil akan menamatkan saingan di tempat ketiga atau keempat kejohanan.”

Neymar kini sedang menjalani pemulihan selepas mengalami kecederaan metatarsal. Oleh sebab itu, peminat Brazil mula merasakan bahawa ramalan Vidente bakal menjadi kenyataan.

Vidente sebelum ini pernah meramal bahawa Brazil akan tewas kepada Jerman di separuh akhir Piala Dunia 2014 dan memang benar, Brazil dibelasah teruk 7-1 oleh Jerman dalam perlawanan tersebut.

Selain isu kecederaan Neymar, ada lagi satu ramalan Vidente. Jerman akan berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Dunia mereka di Piala Dunia Russia 2018 nanti.

Mungkin Vidente boleh cuba meramal bila Malaysia akan ke Piala Dunia?