Menjelang Piala Dunia 2018 yang bakal tiba pada musim panas nanti, England nampaknya mempunyai masalah di bahagian penjaga gol.
Dengan hampir kesemua calon penjaga gol yang ada tidak menunjukkan prestasi cemerlang musim ini, pengurus England, Gareth Southgate dikhabarkan akan membuat satu kejutan.
Joe Hart, Jordan Pickford, Jack Butland, Ben Foster dan Fraiser Foster nampaknya tidak begitu meyakinkan musim ini. Oleh sebab itu, Southgate diberitakan akan memberi peluang kepada penjaga gol Norwich City, Angus Gunn.
Angus Gunn beraksi untuk Norwich di Liga Kejohanan secara pinjaman daripada Manchester City. Dia pernah dipanggil ke skuad England sebagai pemain gantian selepas Jack Butland terpaksa digugurkan ekoran kecederaan sebelum perlawanan persahabatan menentang Brazil pada bulan Novemver lalu.
Southgate dikhabarkan tertarik melihat kesungguhan Gunn dalam sesi latihan dan bersedia memanggilnya untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Itali hujung bulan ini.
Pemilihan Angus agak aneh kerana Norwich kini berada di tangga ke-14 Liga Kejohanan dan bolos 41 gol daripada 36 perlawanan. Mungkin Angus ada sesuatu yang istimewa di mata Southgate, siapa tahu.