Andrew Nabbout
Nama pemain ini banyak bermain di mulut penyokong-penyokong Negeri Sembilan, semenjak beberapa hari lepas, terutamanya selepas pemain tersebut sah berhijrah ke kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds.
Nabbout sebelum ini pernah menyarung jersi skuad Jang, Dia pernah membantu Negeri mendominasi pentas Liga Premier untuk enam bulan pertama, pada musim 2016. Dia pernah menjaring 9 gol dalam 14 penampilan untuk menjadi penjaring terbanyak mereka selepas enam bulan. Namun, dia dilepaskan oleh pihak pengurusan Negeri Sembilan pada pertengahan musim, meskipun jelas menjadi pemain terbaik mereka pada waktu itu.
Hari ini, bekas pemain Negeri itu membuat beberapa dedahan menarik, dalam sebuah artikel yang dimuat naik di laman web rasmi Players Voice AU. Nabbout, yang baru sahaja menerima panggilan rasmi ke skuad kebangsaan Australia buat kali pertama, memberi gambaran penuh emosi tentang segala cabaran yang dia terpaksa hadapi sepanjang 3-4 tahun lepas, termasuk pergelutannya dengan masalah kemurungan.
Berikut adalah beberapa petikan menarik berkenaan Negeri Sembilan, daripada artikel tersebut.
Untuk membaca artikel penuh, sila click pautan berikut: Andrew Nabbout – The Player That No One Wanted